Wednesday, 25 April 2012

Penimbang baru

Semalam aku dah beli digital scale yang baru kat COSWAY..bercinta tau nak beli penimbang ni..nak nak semalam belum gaji lagi. Duit kat tangan cuma tinggal RM 110 jer, last duit yang ada..huhuhu..tu pun encik husband yang bagi suruh gi bayar bil DIGI. Minta maaf la noo..terpaksa sangat (alasan) sebab semalam last day offer dalam katalog tu. Dalam katalog baru tak der pulak scale tu bulan ni. Terpaksa aku gunakan jugak duit tu beli digital scale ni. Tapi bil DIGI aku dah settlekan dah tadi dengan gaji baru ~wink~wink~


Selepas ni aku dengan rasminya akan gunakan digital scale yang baru untuk update berat..bye-bye mechanical scale..(tak mengenang budi sungguh aku ni)



Penimbang ni retail price RM 189.00, tapi kalau jadi member guna Redemption Point (RP) cuma bayar RM 79.00 + 3RP..kalau ada kupon lagi bagus, 25 CP + RM 39.00 sahaja.


Boleh set untuk maksimum 12 orang user. Ada 6 reading yang boleh dia bagi; weight, fat (F), water (W), mass (M), bone (B) and kcal (metabolisme). 


Ni berat aku pagi tadi..lemak memang over giler...nampak tak gambar orang gemuk kat bawah sebelah kiri, itu sign kata dah obese sangat ..huh! Kalau ikut (tapi depend on height and body frame) 14 - 20% tu bacaan normal untuk perempuan, kalau 25 - 31% tu acceptable lah..more than that kira obese..alaaa..macam aku...huhuhuhu...


Tapi aku agak ler teruja sikit, sebab dah cecah ke angka 7 walaupun hanya 0.1 jer kurang dari angka 8..hahaha..tak per la, at least ada improvement..


Oh ya..aku sekarang stop kejap diet atkin since pengsan ari tu, sebabnya nak normalkan balik badan ni. Mungkin aku akan start dengan low calori diet pulak, tengok lah macamana next week.